Tipulah kan kalau setiap orang tak pernah rasa stress dalam hidup dia. Nama pun kehidupan dunia. Korang kalau sekarang tengah serabut dengan masalah kan, cubalah korang pergi tempat kesukaan korang. Aku jamin korang akan rasa release sikit. Even masalah tu tak dapat diselesaikan pun tapi korang rasa happy.. Aku memang sejenis suka makan. haha. kalau boleh setiap saat nak makan. Jadi bila aku ke tempat makan yang aku suka, benda tu boleh buat aku tenang seketika.
Ada setengah orang suka tidur/ rehatkan sekejap minda. Lain orang lain caranya kan.. Mungkin lepas dia bangun dari tidur, beban dikepala dia berkurang. Ada setengah orang akan buat aktiviti/hobi. Tak kisah lah main badminton, memancing dan sebagainya.
Minggu lepas, aku dengan diba (bff) pergi ke kafe kesukaan kami (Simpol Cafe).. Aku rasa dah banyak kali aku story pasal kafe ni. Korang yang suka pastri wajib singgah. Pastri terbaik di Alor Setar. Kami kesini alang-alang tu sambut streak tiktok sekali. haha.. just for fun guyss! Dah 100 lebih streak. Haaa sekecil-kecil benda pun boleh buat mood kita ceria tau.. Biar lah orang nak cakap alaa streak je pun. hehe. yang penting kita happy.
Bila sampai tempat kesukaan kita, haaa time tu lah nak berselfie, nak ambil gambar ala-ala vintage.. Ruang makan di Simpol ni memang luas. Ada bahagian dalam dan boleh juga duduk dibahagian luar. Tapi kalau nak duduk bahagian luar, sesuai waktu malam. Kalau tengahari agak panas..
Thanks to Diba sebab sentiasa ada dengan aku susah dan senang.. Even aku tau kawan-kawan aku tak pernah baca blog ni.. Sebab tu lah aku boleh buat sweet sikit disini. hehe.. Umur-umur aku sekarang ni dah tak banyak kawan yang stay. Kecil sangat circle aku. Jadi aku sangatlah appreacite untuk yang masih kekal..
Korang pulak bila stress, apa inisiatif yang korang buat?
0 comments